Wednesday, August 31, 2011

30 ogos- Hari Raya dan 1 syawal, 2011

Saat ini jam 3 pagi.Meski ramadhan berlalu pergi, aku tetap terbangun, mungkin telah terbiasa..bangun masak untuk sahur.Siang tadi, aku bersama ir, irma, rashid, irfan, irliani, irnie, dan irna suhaila ke masjid untuk bersholat Hari Raya.  Alhamdulillah.Beginilah penghujung ramadhan tahun ini buat diri ku, ada manis di hatiku.Alhamdulillah 3x.

Semuah anak2 ada di sisi, kecuali irfa amirah.Dia tak berdaya nak balik berhari raya lantaran cuti  sekadar 7 hari, dua kali naik kapal terbang, masa akan habis di tengah jalan..baik duduk diam2 di asrama, kan ming.
Tentu aku terkilan, bila Amira menceritakan kemalangan yg di laluinya, 'tergelincir di tangga' asrama.saat semua penghuni asrama dah balik kecuali 'anak rantau', terjatuh dan terhentak tulang belakang menyebabkan kesakitan membuatkan mirah memberitahu ku, dia tak dapat baring dan bangun melangkah secara normal, kawan cuma tinggal seorang 'Fatin'..dan beberapa student sabahan yg.tak balik.

Benar ini dugaan dari Allah.Menurut keluh kesah amirah, dia di temani fatin dan seorang mentor yg perihatin, mereka telah ke hospital, tapi unit x ray, tutup..lantaran hari sabtu.Kedah cuti umum hari jumaat dan hari sabtu. Nah saat kejadian malam jumaat sampai hari ini selasa, mira belum lagi mendapat x ray doktor.
100% hati aku risau.Mira masih mengaduh sakit, dia cuma mengharap tunggu maktab buka pd.4 september..
Menunggu pihak tertentu akan menolong nya, tapi siapa akan tolong dia?, penguasa asrama? tidak kah itu terlalu terlambat?..hanya doa di hati ku, Allah menolong dan melindunginya, nangis pun tak guna.

Buat mira, bersabarlah.
Persediaan Hari Raya di rumah..ala kadar dan biasa2 aja.Semua sihat.
Ku kongsikan gambar2 hari raya pertama ini.Salam sayang dari semua keluarga untuk mu dan Fatin.
'Fatin terimakasih' Allah membalas segala kebaikanmu, itu lah doaku untuk kalian.
                                       
                                         saat aku dan ir di kelilingi anak

IR bagi duit raya, best boleh beli ketam suri,
'Pemuda2 Harapan Bangsa' bakal doktor' Rashid dan dr.Faizal '       rasa nye dr.faizal tak sabar nak pakai baju kerja doktor 'kot putih' hehe..dah manas ahh anak bua.dah mirip wajah orang 'rusia'. baju biru  Nawal  lulusan 'Nilam Puri' dan siswa UM bakal pegawai MUIS atau ustaz, anakanda Alul, dr.rashid.dr.faizal, ustaz Shafizul anak sulung abang mat sedang praktikum  dan bakal cikgu 'Ir junior'   




saat keluarga berkumpul..keluarga aku. keluarga abang mat dan keluarga abang lim.Ini baru 3 keluarga.saat begini aku teringat abang 'ramo' nantilah kami bergambar.


ok lah kepada Mira, kak Roy di singapura, Norly sekeluarga, kak mimi, ratnah, rohani Baharum dan sahabat MGHS, selamat Hari Raya, maaf segala yg tersilap dan doa ku sentiasa bersama kalian.I luv u.

Wednesday, August 24, 2011

AIRMATA RASULULLAH SAW...


24 og0s 2011..hari rabu yg.panas berbahang.  Ada rindu di hatiku,rindu pada jiwa2 yg.baik.Aku baca artikal di bawa ini, ada air mata yg mengalir..sebak di dada memenuhi rongga pernafasanku.Entahlah, kemarin pun aku menitiskan airmata..teringat tentang hidup yg.terlalu singkat, terlalu besar cabaran hidup ini..rasa tak bersedia apa-apa lagi untuk menempuhi alam yg kekal abadi itu, yg ada hanya doa dan harapan2.

AIRMATA RASULULLAH SAW...

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?'
'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.

Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.
Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.
'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi.
'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?'
'Jangan  khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat
Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.'
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?'
Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.

'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.'
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku'
'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'


Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

'Ummatii,ummatii,ummatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku'
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?
Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Friday, August 12, 2011

masak untuk berbuka puasa dan bersaur, nak buat persediaan hari raya dan nak siapkan keperluan melengkapkan rumah'baru'

Hari ini 12 Ogos, dah 12 hari berpuasa.Macam biasa tak penat sebab puasa tapi penat siapkan keperluan menyiapkan sentuhan akhir proses melengkapkan rumah baru yg.sedang dalam pembinaan itu, kolam ikan tengah dalam proses 70% dah siap.Bilik2 tidur dalam rumah baru tu dah 95% siap, yang tak siap persediaan menyambut Hari Raya.Semua ahli keluarga aku belum ada baju raya..nampak gaya. aku pakai baju kerja harian  raya ni.

Restu,lia, aida dan suhaila juga aku tak terlayan nak tempahkan mereka baju raya, kain baju kurung melambak2.Kain Rashid hadiah dari Banglore itu pun tak sempat nak hantar tempah.Kenapa??, jawapannya:..SIBUK Sangat %.

Kepada Rashid dan Miming , bilik ko orang dah kelihatan seperti ini, ku kongsikan gambar bilik2 itu.

Ini Bilik tingkat bawah.Ada 4 bilik.

                                          Siling bilik aku
                                           Bilik Restu
                                              bilik suhaila..warna ungu
                                                                  Bilik Irliani..warna emas                
                                               Tangga  naik tingkat atas..tak siap lagi

                                           Bilik Mirah..ada merah2 lagi
                                           Bilik  Acit...Hijau Pekat..nanti deco sendiri lah ahh..kalau nak lawa.

                                               Bilik 'Ir Junior'..hijau muda
                      Bilik Tetamu tingkat atas..kalau  norly atau som atau azie datang, mu lepak sini lah

                                       mosik lantai bilik2..motif Ros untuk selamanya.
                                     Anjung atas ruang legar depan bilik Rashid.ok lah kan.
                                              Ruang legar bilik bawa,'mawar merah' gambaran emosi cinta selamanya untuk kita sekeluarga, hangat dan merangsang semangat juang anak2 mama.

pandangan bangunan keseluruhan dari depan rumah


kolam ikan kap yg. masih dalam pembinaan.
entah bila boleh siap ni, masa terlalu singkat..banyak kerja tak siap.Kat bucu kolam tu nak tanam lavender dan ros from 'yuni'.Nanti aku akan kongsikan gambar andai ia dah hidup subur, masih tenat bunga2 tu, nyawa2 ikan.
 Assalamualaikum.Hingga jumpa.Rashid.Miming, selamat brtarawih.

Wednesday, August 10, 2011

Cerita Lama dan Ujian Tuhan

Saat ini, ada ruang untuk aku melawat dan membaca catatan di blog teman-teman yg banyak menyumbang menghilangkan sunyiku.Aku baca blog 'bintang hati', syima, Irfa Amira,Rashid, semualah yg menjadi member blog aku.

Baca catatan Irfa, mengalir air mata aku..aku juga rindu saat bersamamu, mira.Baca blog bintang hati..ada rindu ikhlas mengalir diiringi air mata, saat menikmati shyadunya ramadhan ini.Baca catatan syima, meski tak pernah bersua, mungkin, tapi ada semacam ikatan, mengundang aku membaca keluh kesahnya untuk aku memikirkannya.

Ini untuk syima, first, selamat menikmati cuaca terik ramadhan 2011..hehehe..cuaca melaka lebih panas dari sabah, aku rasalah.Dan keluh kesah hati mu, memang ada kaitan dengan ujian Allah..kepedihan hati yg.dirasai nikmati sepenuhnya..untuk menyedari diri kita dalam perhatian dan perlindunganNYA.

Di kemudian hari selepas dunia 'belajar' di tinggal kan akan masuk fasa dunia'mengajar'..di situ kau akan jumpa cabaran tugas guru dan cabaran tugas sebagai 'perempuan'.
Cerita bab tanggung jawab seorang perempuan di situ kau akan gunakan segala ramuan 'pahit,manis, asam, garam,kepedihan hidup' sewaktu dalam dunia bab'belajar' untuk menghadapi bab dunia'mengajar'.

Banyak mana kau jatuh dan bangun, lalu menempuh ranjau duri kehidupan, banyak itu kau akan menjadi insan berkualiti tinggi.Ingat 'yang pahit' selalunya 'ubat' dan yang  'manis' selalunya punca 'penyakit'..renungkan hal ini.'selamat menunaikan ibadat puasa sayang'.

..............................................................................................................................................

Cerita Lama dan Ujian Tuhan , mungkin untuk KU.

Malam tadi dah masuk 10 hari aku menghadirkan diri menunaikan sholat terawih.
Malam pertama sholat terawih..terasa cukup memberangsangkan, imam yg.setia yg menjadi imam terawih masjid kampung aku, menjadi imam malam itu 'imam pakcik Masdin'. malam kedua dan malam ketiga masih imam Masdin.

Sejak tahun 2002, sejak aku sekeluarga menetap di rumah sendiri, sejak itulah, aku tak pernah terlepas sembahyang terawih.Saat itu Restu,Rashid,Irfan,Irfa,Lia,Alus,Manis dan Nora semua masih bersekolah rendah..dan awal menengah rendah.Seperti biasa 'ir' akan berterawih di masjid pekan, dan aku pula dengan geng aku yg.tersenarai di atas, berlari anak meredah malam ramadhan dgn.semangat berkobar2 untuk hadir secepatnya di masjid sebelum azan isyak berkumandang.Tetapi selalunya..aku lah menjadi punca 'lambat'.
Lambat sebab baru lepas masak untuk berbuka puasa, lepas tu hidang ,lepas tu solat magrib, lepas tu terus bergegas kemas pinggan mangkuk atas meja, pas tu..bergegas ke masjid yang hanya..beberapa meter jaraknya dari rumah.Alhamdulillah semuanya berlangsung dah 9 tahun lamanya.
'imam Masdin' mengimami sembahyang terawih kami.

Kelebihan pakcik imam ini, selama 9 tahun itu, dia seorang saja imam, kalau 30 hari sembahyang terawih, 30 hari lah dia mengetuai masjid tu..dia tetap sihat, suaranya masyallah, kalau dia baca surah..isi masjid terasa sunyi sepi, isi alam seperti terdiam, turut sama menzikirkan kalimah Allah mengiringi suara imam Masdin yg. lantang dan lunak...

Setiap malam terawih dalam shaf sembahyang..setiap tahun air mata aku akan tumpah, saat mengamati bacaan ayat2 Alquran yg.dibacakan imam, susana sangat tenang dan hening.Saat begitulah yg.aku rindu, menyebabkan bila malam terakhir terawih akan bertambah air mata yg.tumpah kerana akan berpisah dengan ramadhan.Hanya doa dan harapan semoga tahun-tahun berikutnya Ramadhan datang lagi dan diri ini bersama anak2 akan hadir lagi menyahut seruan imam masjid 'pakcik masdin' untuk bersama-sama mengimarahkan lagi malam - malam ramadhan yg.penuh keberkatan.Alhamdulillah..

Anak-anak aku satu persatu terpaksa melangkah keluar. menyambung pelajaran ..meninggalkan aku melalui ramadhan di tahun2 berikutnya.Tapi aku tetap melalui dan menikmati suasana yg.sama.Ramadhan yg.menenangkan.
Lebih indah kini Irne Aida dan Irna Suhaila dpt bersolat terawih bersamaku, tidaklah terasa terlalu sepi.
Itu semua cerita lama yg.indah rentetan cerita 9 tahun lamanya.

Tahun ini ramadhan 2011.sembahyang terawih malam ke 4 hingga malam tadi malam ke 10..imam lama
'Ustaz Masdin' tetiba  tidak lagi mengimami terawih masjid itu.Apa yg.terjadi?

Oh, ada perubahan..AJK Masjid tidak lagi dipengerusikan oleh Ustaz Masdin, dia tinggal 'mantan pengurusi'.Tugas imam , mengimami sembahyang Terawih..di gilirkan."Imam Muda" tampil mengimami sembahyang terawih, saat inilah aku "rasa" aku menanggung satu ujian dari Nya.

Apa?,kenapa? bagai mana jadinya?...ha ha haha.."imam Muda"..nama nya juga mudakan..bacaan cantik, lancar, dapat baca ayat panjang2, dapat dengar pelbagai surah.Yes...Alhamdulillah.
So apa masalah diri aku?.??

MASALAH aku dengan air mata berlinangan, aku terasa kehilangan suasana shyadu, tenang dan hening seperti malam-malam terawih ku di tahun-tahun yg.sudah. 9tahun aku nikmati saat sebegitu. Tahun ke 10 ini...susana itu seperti telah pergi.Ustaz2 mudah yg.menjadi imam terawih itu semuanya hebat2..tapi kenapa aku tak rasakan ketenangan malam terawih itu..saat dalam sembahyang, hati aku berkata-kata, 'kenapa suara ustaz ni, tak dengar, rosak ke pembesar suara?", 'kenapa bacaan doa ustaz ni. tak dengar?" tak ada pun dengar suara orang lelaki mengaminkan doanya, seperti biasa masa ustaz Masdin memimpin malam-malam terawih itu?.."kenapa ustaz ni, lambat semasa peralihan rukok ke sujud dan berbagailah.."kenapa ustaz ni cepat sangat..dan bacaannya tak jelas, dah rakaat ke berapa kita ni?...sujud ke tahyat, sekarang ni...pelbagai soalan berkecamuk dalam hati..terasa semuanya kucar, kacir...siapa menyusun jadual penggiliran ni...arahan dari mana ni, peraturan dari mana ni..?????...wah..apa bila nikmat 9 tahun ketenangan itu Tuhan ambil dan di ujinNya dengan suasana yg.aku catat ni..ini lah ceritanya.

Oleh itu, aku hanya mampu berdoa, agar aku dapat menenang kan diri dan terima segala perubahan ini seadanya.Semoga Allah ampunkan dosa2 ku di masa yg.lalu dan masa hadapan dan masa kini saat aku seperti 'mengumpat' situasi ini.Tapi niat aku bukan untuk mengumpat sekadar mencatatkan makna nikmat yg ketara dan ujian yg.tanpa di sedari..sebagai renungan insan yg.berminat menambah perkongsian makna contoh  'nikmat Tuhan dan Ujian samar dari Nya'

Assalammualaikum.

Subuh ini dan Surah Yusuf: Mishary Rashid Al-Afasy [Part 1/5]..Damai dan RINDU melingkari emosi ku

Assalammualaikum
Agak lama tak tulis apa apa ' dalam lingkaran ini'.
Kesibukan jadi alasan.Malam jam 3.00 pagi bangun masak sahur, sepanjang siang kerja sekolah, rumah masih dalam pembinaan..boleh di katakan hari hari lepas sekolah terpaksa ke K.Kinabalu beli barang2 mana-mana yg di oder oleh 'tukang' .Macam2 tak cukup..Penat??..memang sangat penat,Malam pergi sembahyang terawih bersama Irma, Lia, Aida dan Suhaila.Ir sembahyang di masjid pekan.Kami masjid kg. aje.Jalan kaki..tergesa2 bila dah azan isyak berkumandang.
Wah dah subuh.Nak sembahyang dulu.
Ok hingga jumpa.Ming and Acit  I mizs u