Monday, February 28, 2011

28 Febuari 2011

Febuar ini berhenti disini.
ada sepi di hatiku..
teringat kak Ani Baharum di Bukit Senggih, kak Ratnah dan Kak Mimi.
Dapat berbual dan menghubungi ramai sahabt dan kakak angkat di Febuari 2011 tahun ini.Berbeza dengan febuari di tahun tahun yg.berlalu..puluhan tahun lamanya sejak aku tinggalkan bumi Hang Tuah..aku tak dapat menghubungi insan yang banyak membantu aku dalam semua aspek, tapi febuari tahun ini banyak perkara baik berlaku dalam hidup aku..hubungan itu.Hubungan siratulrahim..yg.sangat dituntut oleh Allah hubungan persaudaraan seIslam.Hemm..aku dapat berhubung dengan mereka..menatap wajah terbaru mereka.
Alhamdulillah. semoga hari esok lebih ceria dan selamat untuk ku sekeluarga dan kita semua.Semoga Allah lindungi diri kita dan negara ini negara kita Malaysia tercinta dari segala bala bencana dan petaka angkara sesama manusia.Ku sayang Malaysia.
                                         Jalur Gemilang  lambang Negara yang Gagah, Irne Aida ikatan cintaku pada' IR '
                                                             Dia cantikkan, kak Norly...he hehe aida.

Monday, February 21, 2011

Nama dan wajah itu

Irama itu berkumandang lagi
mengundang rindu
menatap potret bisu
menghuni memori kalbu.

Lalu 
ingatanku jatuh lagi
pada deretan nama nama
yang tertulis entah dengan tinta apa
kekal jelas tak pernah padam
meski musim beredar..

Walau mata terpejam
ku lewati malam kelam
telusuri laluan siang
namun deretan nama itu
kekal melingkari 
garisan mimpiku.

Semakin menipis usiaku
semakin menebal ingatanku
pada ukiran wajah dan senyummu
yang tak berganjak diusir waktu..
.................................................................
ku abadikan sajak ini untuk nama dan wajah2 ini....21 Febuari beransur pergi.
                                                   Atas ni Kak Roy usia 17 tahun-MGHS-cantik kan.
                                                   kawan aku seorang ni namanya Nooraini Ibrahim -kalau tak silap aku lah.harap kak Ana atau sahabat tuan empunya diri betulkan ya.seriusnya wajah ku, member tu gelak2 je.
                                                   Ini  lagi member seorang ni, kalau tak silap dia ialah Esah..iya ke? jangan marah Sah, kalau aku salah...harap Pouline atau Noor betulkan.. eh..rampingkan kita orang.
......................................................................................................................................
                                                  Gambar bawah ni gambar sekelas dengan aku masa 4 art 1 atau F 3,tak ingat tapi dia ialah kak Noorlella Mohd Noor,BalaiPolis, Melaka Tengah..ayahnya seorang polis.Dia minta aku simpan gambarnya elok2.Nah, aku kongsi utk tatapan bersama.

                                                    Ini gambar kak Saliros Baba,32T Durian Daun...jiran kak Roy.tapi dia sangat baik dgn aku, sekaligus macam kakak angkat aku juga.Dia bagi aku gambar ni bertarikh 25 oktober1980.
                              Ini pula kak Zahara Jantan..33-T.Durian Daun.Juga kawan dan jiran kak Roy,sekaligus kakak angkat aku..teringat selalu pergi berhari raya di rumahnya dan rumah kak Saliros.
                                                     Bawah ni, wajah kakMastiah Eddalah,cikgu MissLim, Kak Maimun Aminulah,Seluin,duduk tu, aku, Birth si nazir sekolah, dan Noor..masa ni aku baru tingkatan 2.
                                                   gambar bawah ni, aku dan HalijahWahid...harap2 betullah nama tu..kita ambik gambar berdua, mesti  bestfrind kan..hehehe,harap2 Liza dapat lawat blog ni...dan tengok wajah dia dgn orang sabah.Zah mari datang kat Rumah aku pula.Jemputlah.
                                                   Ini junior aku, menari ke berlakon, aku tak ingat..hidup lakonannya, sekolah ni, perempuan semua, terpaksalah menyamar jadi lelaki Melayu,segakkan berpelikat songket..apa nama junior aku ni..tak ingat..tapi dia mesti orang penting kat aku, sebab tu ada gambarnya ku simpan baik2.
                                                    Aku dan Monalisa..anak saudara YB puan Kolna ..sejak berpisah tahun 80 itu,aku tak pernah jumpa dia hingga kini.Harap Mona lawat blog ni.dan Msg aku.
masdiah2003@yahoo.com
Selamat menatap wajah kesayangan hamba.Sekadar mengisi masa yg.terluang untuk menyedarkan diri, betapa telah terlalu banyak nikmat yg.telah Allah berikan dan berusahalah untuk membalasnya dgn cara mensyukuri rahmatNya..melalui ibadat wajib dan zikir memujiNya.

Sunday, February 20, 2011

Jam 3.30 petang 20 febuari yang tenang.

Jalan2 round fb kejap, vew fb kak Ana,tak sangka dia dah publish laman web, syarikat kak Roy tu.
Bestnya, mudah pula aku tengok gambar2 kak roy, so aku pun copy lah sekeping dua sebagai kenangan wajah barunya dalam  simpananku.Walau pun aku dah lama tak jumpa kak Roy..terakhir kami jumpa tahun 1985 kalau tak silap, akhirnya aku nampak wajah terbarunya juga.
Inilah kakak angkat aku tu yg dah bermastautin di Kota Singa.
Doaku agar hidupnya sentiasa bahagiah bersama suami dan anak2 tercinta.Untuk ku,
ku harap aku sentiasa ada dalam memorinya.

Kak Roy selalu nangis bila tak jumpa aku dulu..masa di 4 art 2,MGHS..aruah emak pun selalu beritahu aku, kalau aku tak balik rumah,..kak roy nangis, rindu aku.Masa tu aku pula budak lagi..tak tahu menghargai perasaan seorang kakak.Aku buat bodoh aja.  Aku suka balik kg Bukit Senggih, jasin tempat kak Mimi Baharum..entahlah..bila aku nilai semula..saat ini..besarnya sumbangan kakak2 angkat aku dan kawan2 aku masa hidup sebagai anak rantau di bumi Melaka.Kalau kawan2 ,guru-guru dan kakak angkat tak peduli masa tu dan sedangkan masa tu kami baru awal remaja, bagaimana sudah perkembangan personaliti  dan warna hidup kami sebagai anak yg berjauhan dgn keluarga dan kampung halaman?..Ohh hanya Allah yg.membalasnya budi kalian.TERIMAKASIH.
                                         Rohaidah Masri aktif dalam persatuan Wanita Singapore.
                                          Kak Roy..tentu wangi' teh cina'  tu ek..he hehe...iye ke teh.
                                          Senyumnya tak berubah, wajah seorang kakak yg.amat penyayang.Kak Roy
                                          segar ingatanku menatap wajahmu.Aku sayang kamu.

Saturday, February 19, 2011

Beauty of Mathematics !!!!!!!

senja ini, hari sabtu yg.tenang
19 febuari yang lengang.
Ada sunyi di hatiku..
PC ini menjadi teman setia utk.aku merenung setiap detik masa dan mengukur ingatanku.
Lalu aku terjumpa semula fail ini sewaktu aku menghadiri satu seminar di sibu serawak dalam kelas psikologi agama..agak menarik utk dikongsikan.Tapi ia agak panjang utk.dibaca, tapi bagi mereka yg.suka merenung sedalam lautan struktur pembinaan masa ia seperti formula matematik ini,ia sebuah  'Lingkaran' pi mai pi mai, tang tu juga.Begitu juga kehidupan ini..bagai turutan nombor, lepas menaik, nombor itu akan menurun
Ini dia "
Beauty of Mathematics !!!!!!!

1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321

1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111



9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888

Brilliant, isn't it?

And look at this symmetry:

1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 12345678987654321
Now, take a look at this...


101%

From a strictly mathematical viewpoint:

What Equals 100%?
What does it mean to give MORE than 100%?

Ever wonder about those people who say they are giving more than 100%?

We have all been in situations where someone wants you to
GIVE OVER 100%.

How about ACHIEVING 101%?


What equals 100% in life?


Here's a little mathematical formula that might help
answer these questions:

If:

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Is represented as:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.

If:

H-A-R-D-W-O- R- K


8+1+18+4+23+ 15+18+11 = 98%

And:

K-N-O-W-L-E- D-G-E


11+14+15+23+ 12+5+4+7+ 5 = 96%


But:

A-T-T-I-T-U- D-E


1+20+20+9+20+ 21+4+5 = 100%



THEN, look how far the love of God will take you:


L-O-V-E-O-F- G-O-D


12+15+22+5+15+ 6+7+15+4 = 101%

Therefore, one can conclude with mathematical certainty that:

While Hard Work and Knowledge will get you close, and Attitude will
get you there, It's the Love of God that will put you over the top!

It's up to you if you share this with your friends & loved ones just
the way I did..

Have a nice day & God bless!!

Ini sesuai untuk member aliran sains kut.Ok sayang selalu.


Buat sajak Untuk Ana, Terima Pantun dari kak Roy

Hari ini 19 Febuari, ada perjumpaan kelab dan persatuan di sekolah..ramai murid hadir.Kalau hari sekolah ramai murid ponteng,kalau aktiviti ko kurikulum hujan lebat pun murid tetap hadir.Psikologi kanak-kanak suka bermain, menyebabkan ko kurikulum lebih popular dari kurikulum..alangkah bestnya kalau ko kurikulum jadi agenda negara..semua benda jadi aktiviti guna fizikal aje..tak payah urus ...mentalnya..ehh ade ke begitu ekk??..berurusan dgn manusia memang payah.Apa pun kelmarin aku jenguk FB aku, adalah chat dgn kak Ana.

Aku sempat ilhamkan puisi sajak utk.nya..sajak pendek bunyinya begini

Sajak Buat Ana.

. Puisi Untuk Ana

engkau kah itu Ana
dengan santun menghulur bantu
pada aku yang beku terpaku
......
benar kah itu Ana
di udara langit terlihat rendah
lantaran aku selalu tak berdaya
melayang jauh bebas di angkasa
seperti mu dan mereka
selalu ceria saban hari terbuka
membawa cerita gembira
menghimpun tawa
seperti tak pernah ada duka
dalam hidup yang penuh rahsia.
 18 febuari 2011
.........................................................
Lepas itu malam tadi aku dapat sms pantun dari kak Roy di Kota Singa Bunyi pantunnya begini 
"  ramai orang bermain layang
   bermain layang di pekan rembau
   Masdiah Derias insan ku sayang
   bila terkenang , kenangan ku imbau. '
Bestkan pantun kak Roy ini. Aku balas jugalah pakai sms..jenuh aku menulis sms pantun tu
bunyi pantun aku begini
'  Rohaidah Masri insan tersayang
   pandai menari berdikir barat
   walau jauh di hujung selat
   ku simpan kasihmu sepanjang hayat. '

  Lepas tu aku rasa best sangat dapat bergurau dgn teman lama yg.jauh di bumi melaka.ada Ana, Norly, kak Roy dan semua member asrama dan teman sekelas , bayang kan betapa lamanya kita berpisah.Salam sayang untuk sahabt MGHS ada sayang di hati ku untuk kawan2 semua.

Wednesday, February 16, 2011

Tahniah untuk 'dia' yg.berjaya buat blog ni.http://stpm-alumni.blogspot.com

Hemm..bila aku sibuk cerita pasal gelang hilang tu dan jumpa semula, aku round2 lagi dunia tanpa sempadan ni..ahaa aku jumpa blog di atas..apa lagi hilang segala stress aku..aku jumpa muka2 yg.tak asing bagi ku..aku pun duduklah menatap wajah kak mashama yg.tak pandai pudar di hanyutkan bayu selat melaka.Tahniah kak Mshama.Di sekolah aku ramai peminat baju akak yg.di pakai malam alumni 27-28 oktober malam itu..baju coklat belang rimau tu..mereka tanya..mana beli?..he hehee

Kesibukan

14 febuari aku sibuk..ada pelancaran program permuafakatan bersama ibubapa dan PPD.Pelancaran dibuat di dewan mesyuarat pelajaran daerah.PPD hadir merasmikannya.Ramai ibubapa yang di jemput telah hadirkan diri. Aku membentangkan slot program tersebut..Sibuk...penat...macam2 rasa ada.
SELASA rehat cuti sebab  mauludul rassul. Pagi rabu iaitu hari ni..16 febuari, tiba-tiba saja GB arah aku memberi ucapan alu-aluan dalam majlis kejohanan bola sepak daerah.GB ada tugas lain..majlis patut jam 9.00 tiba-tiba diawalkan seawal 8.30 pagi..wakil pegawai sibuk ada urusan lain..aku terpingah2..jadi bidan terjun.

Hemm apa-apa pun..aku hampir patah hati berkerat  7...apa bila lepas berucap, dan teman pegawai pergi jamuan sarapan pagi...aku tiba2 sedar  'gelang emas'  aku sebiji hilang.Entah tercicir dimana dan bila..
Aku betul-betul hampa..jam 10.30,bila pasukan bola rehat bermain aku ajak murid2 aku telusuri padang laluan aku mengiringi pegawai seawal 8.30 pagi tadi..Alhamdulillah..murid aku jumpa gelang tu..nah..alangkah senangnya hatiku..gelang itu ku beli beberapa tahun yg lalu ditemani 'Restu" puteriku.
Oh..inilah cubaan dari Allah dalam aku sedih dan penuh tanda tanya dan ada rasa putus asa dalam hatiku, aku berdoa begini" Ya Allah engkau yg.maha mengetahui dan maha pemberi, berikan lah semula gelang emas aku itu kembali, andai benar ia hak aku yg.halal, andai ini ujianmu, maka aku halalkan gelang itu kepada sesiapa yg.menemuinya sebagai sedekah..Ya Allah ampunilah aku.Amin"

Tuhan beri semula gelang tu, bila murid aku menjumpainya 'ampai-ampai'  atas rumput dalam keadaan selamat, peliknya disitulah pemain beraksi ligat, tak terpijak pula gelang emas aku tu.Syukur Alhamdulillah dapat balik.
Restu.hampir hilang gelang tu...he he he cemas betul aku dua jam hilang tau.

Tuesday, February 15, 2011

Masakan/menu -special ??


masakan special.
Selalu sangat aku ditanya dengan soalan ini.Apa masakan istemewa koorang kat sabah?
Banyak perkara aku kena huraikan akhirnya ada yg.tak faham, kerana aku sendiri rabun apa masakan special kita di sabah?..so..member sabahan yg dah baca blog ni fikir2kan lah.

Tak lama lagi Norly pula akan tanya aku, lepas tu kak roy, lepas tu mungkin kak ana atau kak shima atau
si kaya raya 'aan' atau hajjah sari atau si puteri mesir Zee yaziella..dan ..
so jalan penyelesaian aku begini, member2 fikir sendiri k. Cerita nya begini.

Sabah kalau untuk makan sendiri maksudnya dalam keluarga sendiri tak perlu kari-mari, atau santan sana sini,
yg.perlu ada selain keperluan asas bahan masakan, lada padi perlu ada utk org dewasa ...budak2 tak boleh makan pedas nanti lidah keras..itu petua org.tua2.
Jadi kita orang masak' terjun'  iaitu masak rebus2 air ..nanti ada pula akan tanya..sedap ke?.
jawapannya 'sedap'!!..sebab semua lauk pauk kita orang masih segar bugar..contoh tengok gambar ini.

Udang ni RM18.sekilo.masih gerak2 lagi ekor udang tu..bila direbus bubuh asam, serai bawang dan daun 'bawing'..Norly kata bahasa melaka 'daun KEMANGI'..sedap engkau..apa apa ikan pun, ketam ke.. main rebus air aje..kadang kalau ada keluarga bertandang kita kumpul ramai2 dan bakar ikan dan sayap ayam so Norly, kak roy..dan sahabat yg.lain nak rasa udang rebus..sudi2lah berkunjung ke tempat aku pula ye..masa kena set elok2..takut aku pula sibuk..so kena plan elok2.Ini lah gambar2 tu.
                                          udang ni. kalau masak merah atau santan..hilang rasa udangnya
                                          ada rasa santan dan segala macam.Tapi kalau rebus je..alahai..nyammi.
                                          wangi udang.RM 18 sekilo.besar2 ibu jari kaki 'Norly' kut..he he.
                                         
                                          Ini pula tumbuhan dalam laut yg.bersih..makan begitu je..cicah air lada
                                          buat ulam..rasanya sedikit masin, rasa kerang rasa ajinomoto..macam itulah rasa
                                          yang pasti sedap dan kaya dgn iodin..sejenis rumpair laut.
                                          emak aku kata namanya 'LATO'aku tak pasti..itu bahasa kita orang di k.Belud.
                                           start sekolah sukan pun bermula..sibuk berjemur di luar bilik darjah..
                                           murid seronok memanjang.

Monday, February 7, 2011

Febuari ini.

Hari ini 7 febuari.Dah masuk minggu ke 6 hari persekolahan. 4 hari cuti tahun baru cina,aku sibuk buat jadual baru..ada perubahan subjek guru yg.mengajar.Bayangkan buat jadual kalau berubah masa guru mengajar melibatkan 3 orang guru, terpaksa semua jadual di rombak semula..habis mud ceria aku..bersengkang mata aku menyiapkannya.Alhamdulillah siap juga dan dah diagihkan pd.guru2..pagi tadi.

Bila merenung semula kehadiran 2011 ini rasanya baru semalam bulan januari, tak terasa masa berlalu..kini bulan febuari pula dilalui, febuari diistiharkan oleh pasangan bercinta sebagai bulan kekasih.' sekuntum mawar merah,sebuah puisi,dibulan febuari ' puitiskan ayat ini..aku suka.

hemm ini sajak ku, untuk bulan febuari ini.Sajak ini aku buat utk seorang kawan yg.selalu bertanyakan aku
(x murid aku) tentang erti sebuah setia.Aku kalut sendiri utk.memberi pendapat pd.nya.Hemm entahlah..

Febuari ini hadir lagi
melukiskan emosi cinta
pada dada yang mekar membara
seorang remaja.

Febuari ini
ada janji dihujung lidah
ingin mengungkap cinta setia
hingga ke hujung nyawa.

Febuari ini
ada kekasih bersorak gembira
ada hadiah dan sekuntum bunga
ikatan cinta lambang bahagia.

Namun di febuari ini
menyimpan catatan peribadi
setiap kekasih
yang mencari makna
erti sebuah 'setia '

Wednesday, February 2, 2011

Ganda Suli Di Awal Febuari

ohh..hari ini dah masuk bulan febuari  yahh 2 Febuari yang murung.
' ir ' dan ' ir' junior ke kk, entah apa urusan mereka.Malas aku nak tahu.Aku ke sekolah hantar buku rekod mengajar dan terus ke pekan beli ikan dan isi minyak  kereta aku yg.kering kontang.
Tiada yg.menarik rindu pd.dia yg berada di Banglore, IPDA,dan KL..ramai orang aku rindu saat ini..entah kenapa.
Cuaca yg redup ini merangsang naluriku menghasilkan puisi-puisi rindu.Rinduku yg.tak pernah berhenti mengingati masa lalu yg ku lalui dalam kehidupan menuju kedewasaan dan hari-hari yg semakin sepi.
Puisi rinduku untuk mu.

Ganda Suli
terdetik hatiku
menyeru namamu
di senja yang bisu
            Ganda Suli
             warna kuntummu
              'Biru' pekat berjalur putih
               seperti hatiku dicengkam sepi
                saat menatap catatan cinta
                 di laluan hidup yang rapuh   
Ganda Suli
andai kau bisa mengerti
saat ini..ingin ku semai benih mu
menjadi hiasan taman rosku
agar ia kekal
mencipta memori
untuk berzaman lagi.